They Shall Not Grow Old

They Shall Not Grow Old[nota 1] adalah filem dokumentari 2018 diarahkan dan dihasilkan Peter Jackson. Filem ini dibuat menggunakan rakaman asli kejadian-kejadian langsung yang berlaku semasa Perang Dunia Pertama dari simpanan Muzium Perang Imperial yang belum pernah dilihat sebelumnya malah berusia lebih dari 100 tahun pada masa pelepasan; sebilangan besar rakaman ini telah diwarnakan dan diolah menggunakan teknik pengeluaran moden dengan selingan kesan bunyi dan lakonan suara yang memberikan suasana mendekati latar rakaman kepada para penonton selari dengan apa yang dialami para perajurit tersebut. Filem ini diceritakan dari wawancara dilakukan BBC dan Muzium Perang Imperial terhadap askar-askar yang terlibat dan terselamat dalam konflik ini. Ia dihasilkan oleh WingNut Films dengan House Productions sebagai pengeluar eksekutif dan disokong oleh British National Lottery melalui Dana Loteri Warisan dan Jabatan Digital, Budaya, Media dan Sukan United Kingdom.[5][6]Dokumentari ini mendapat tayangan perdana secara serentak di Festival Filem London BFI serta panggung-panggung wayang terpilih di United Kingdom pada 16 Oktober 2018, sebelum ditayangkan di BBC Two pada 11 November 2018 sempena ulang tahun ke-100 penamatan Perang Dunia Pertama; ia turut mendapat tayangan terhad di Amerika Syarikat pada 17 Disember. Setelah berjaya di box office, filem ini mendapat pelepasan teater yang luas pada bulan Februari 2019 oleh Warner Bros Pictures.[7]Filem ini mendapat sambutan kritis yang positif atas kerja pemulihan yang baik serta suasana dan penggambaran perang yang mengasyikkan, ia memperoleh pencalonan kategori Dokumentari Terbaik dalam Anugerah BAFTA.

Rujukan

WikiPedia: They Shall Not Grow Old http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=theyshalln... http://www.imdb.com/title/tt7905466/ https://www.boxofficemojo.com/title/tt7905466/ https://www.imdb.com/title/tt7905466/ https://www.metacritic.com/movie/they-shall-not-gr... https://www.movie-censorship.com/news.php?ID=14549 https://www.rottentomatoes.com/m/they_shall_not_gr... https://www.the-numbers.com/movie/They-Shall-Not-G... https://variety.com/2018/film/news/peter-jackson-t... https://www.stuff.co.nz/entertainment/film/1118906...